SELAMAT DATANG KE BLOG SMK MUADZAM JAYA.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....SMK MUADZAM JAYA ADALAH SEKOLAH TRANSFORMASI

Doa Majlis Restu

DOA Yang Saya Baca semasa Solat Hajat dan Munajat Perdana STAM dan SMA baru-baru ini. 
(Saya kongsikannya kerana ada yang memintanya. Jika bermenfaat, ambillahdan ubahsuailah menurut keperluan masing-masing)
Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,
Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu demi kerana memenuhi perentahMu. Lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu. Amin Ya Rabbalalamin..

Wahai Tuhan kami,
Inilah kami, guru-guru Kulliah Al-Lughah Waddin, Sultan Abu Bakar, Pekan.. berdiri dengan perasaan hina di hadapanMu mengakui akan segala kekurangan dan kekerdilan ilmu serta amal kami.
Sesungguhnya mereka telah menyerahkan diri dan mempercayakan kami untuk mendidik mereka, walhal Engkau Maha Mengetahui, Ya ALLAH betapa lemahnya diri kami memikul amanah ini. Maka janganlah Engkau dan mereka mencela kami atas ketidakmampuan dan di luar keupayaan kami.
Dari itu Ya Allah, Kau kurniakanlah kami kebijaksanaan dalam mentarbiyyah anak-anak didik kami, 
Kebijaksanaan dalam menangani karenah2 mereka. 
Kebijaksanaan dalam menasihati mereka ketika mereka kehilangan arah dan tujuan hidup. 
Kebijaksanaan dalam menangani kesalahan dan kealpaan mereka. Kebijaksanaan dalam menghukum setiap ketelanjuran mereka. 
Kebijaksanaan dalam menyelesaikan permasalahan hidup yang mereka hadapi
Kebijaksanaan ketika menjawab pertanyaan dan kemusykilan yang mereka tempuhi.
Ya Allah, atas kelemahan kami tadi.. Kau kembalikan kekuatan, kehormatan dan harga diri kami sebagai guru mereka, agar dengan itu mereka menghormati pandangan dan mendengar nasihat kami. Ya Allah, Kau perbaikilah akhlak kami, tutur kata kami, tingkahlaku kami dan pergaulan kami di hadapan anak2 didik kami, agar kami dipandang mulia dalam pandangan mata dan hati mereka. Kau jadikanlah kami tempat rujukan yang diminta pandangan oleh mereka walaupun kami tidak lagi menjadil guru mereka.
Atas kekurangan kami tadi.. Kau tampunglah ia dengan mempertemukan mereka setelah melanjutkan pelajaran atau bertebaran di mana-mana permukaan bumi Mu nanti dengan guru2, mursyid dan murabbi yang terbaik, jauh lebih baik dari apa yang dapat kami berikan dalam waktu yang sesingkat ini.
Ya ALLAH Ya Fattah, Ya ‘Alim, Ya Khobir..
Kau sinarilah hati-hati mereka dengan nur ilmu yang menjadi pentunjuk di kala kegelapan. Panduan dikala tersesat jalan dan jalan keluar ketika kesulitan. Ya ALLAH ajarlah mereka mengenai tauhid dari kesesatan, kebenaran dari kebatilan, keadilan dari kezaliman. Kenalkan mereka ya ALLAH akan jalan-jalan hidayah.. membezakan antara tauhid dan syirik, antara sunnah dan bidaah, antara dosa dan pahala antara makruf dan mungkar.
Wahai ALLAH Yang sentiasa jaga dan Maha Mengawasi ciptaanMu.. sesungguhnya kami tidak mampu mengawasi tingkah laku anak-anak kami di belakang kami. KepadaMulah kami bermohon agar Engkau mengawasi mereka. Hindarilah mereka dari kawan2 yang jahat akhlaqnya dan rosak aqidahnya.
Buangkanlah keinginan-keinginan buruk mereka untuk bersama kawan-kawan yang bejat akhlaknya. Kau tahanlah hajat hajat jahat mereka yang boleh merosakkan nama baik kami, sekolah dan pendidikan agama yang mereka pelajari. Janganlah hendaknya perbuatan buruk mereka itu menjadi fitnah atas agama sehingga AgamaMu ini diremehkan dan ditertawakan oleh musuh-musuhnya.
Ya ALLAH!, dalam usia emas yang Engkau pinjamkan ini, kami hanya ingin menumpukan ibadah kepadaMu. Mohon kasihan belasMu ya ALLAH.. janganlah Engkau jadikan anak-anak kami menyusahkan kami sehingga mengganggu ibadat kami kepadaMu. Ya ALLAH!, jauhi mereka dari terlantar di katil-katil hospital atau di balik jeriji-jeriji besi penjara. Sesungguhnya hati kami tidak lagi kuat untuk menanggung kesedihan-kesedihan akibat dari tindakan anak-anak kami yang cenderung kepada dunia ini, kerana kami ingin bersedih dan menangisi dosa-dosa kami sendiri, sedang kesempatan itu semakin lucut dari pegangan kami.
Wahai Tuhan yang mengajarkan para nabi dan Malaikat…,
Kau luruskanlah niat2 mereka dalam menuntut ilmu, jadikanlah mereka pecinta2 ilmu demi kerana mencari redha-Mu, janganlah Engkau jadikan mereka manusia2 sombong dan angkuh kerana sijil2, anugerah2 dan kecemerlangan dunia yang mereka perolehi. Kau tunjuklah mereka ke jalan yang lurus dan hindarilah mereka dari menjadikan dunia sebagai habuan dan tumpuan terakhir serta cita2 tertinggi mereka.
Ya Allah, Kau jadikanlah anak2 kami sebagai pejuang2 yang akan menyebarkan dakwah-Mu, menjadi perisai yang menangkis serangan musuh2 mu demi mempertahankan agama-Mu, dan mujahid yang mendaulatkan hukum hakam-Mu di bumi-Mu ini. Kau jadikanlah mereka jujur dengan ilmu yang dipelajari sehingga mereka sanggup menyatakan yang hak itu hak dan yang batil itu batil. Janganlah Engkau jadikan mereka penegak dan pembela kebatilan yang menjual ayat2Mu dengan harga yang murah.
Ya ALLAH,. Sudah kami ajar, sudah kami seminarkan, sudah kami gerak gempurkan dan apa juga yang lintasan yang baik di hati kami demi kejayaan mereka.. sudah kami upayakan. inilah kami pada hari ini.. menyerahkan kepadaMu menilai atas segala apa yang terdaya kami lakukan sebagai guru dan ibu bapa kepada anak-anak kami. Semoga terbalaslah kerja keras kami ini dengan curahan kejayaan yang menjaga air muka kami serta mengangkat martabat pendidikan agama di mata masyarakat dan pemimpin negara.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Kau campakkanlah kesedaran dalam hati anak-anak kami yang masih keras, suka bermain2 menghambur waktu pada perkara yang melalaikan. Ya ALLAH, dalam waktu yang masih berbaki ini.. bantulah anak-anak kami memenuhi masanya dengan menghafaz, mengulangkaji, berbincang dan mendapatkan bimbingan guru terhadap apa yang tidak mereka fahami tanpa rasa malu yang merugikan.
Ya ALLAH, alangkah ramainya bilangan rosib yang boleh saja mematahkan hati dan semangat kami. Masyarakat memandang rendah kepada kami. Kami dizalimi ya ALLAH.. hanya kerana satu maddah, anak-anak kami ini dirosibkan. Masyarakat tidak tahu ya ALLAH, mereka tidak faham ya ALLAH.. mereka hanya tahu menyalahkan kami. Mereka mencari kesempurnaan dari kami yang tidak sempurna ini. Mereka mencari-cari kesalahan dari kami yang penuh dosa ini.
Ya ALLAH, Kau tolonglah anak-anak kami yang sedang berjuang menjadi anak-anak yang soleh kepada kami – ibu bapa mereka. Hanya inilah aset yang ada pada kami ya ALLAH. Kami tiada kekayaan, kami miskin ilmu dan amal. Kepada anak-anak inilah kami sandarkan harapan menjadi penyejuk mata hati kami di dunia ini dan penyinar kubur kami dibarzakh nanti. Bantulah ya ALLAH – anak anak kami yang sedang berjuang – mengabisi masa-masa remaja mereka untuk menelaah dan menghafaz demi kerana memikul amanah AgamaMu, amanah umat Islam, amanah sekolah dan jabatan ini.
Kau bantulah mereka memikul amanah berat ini dengan cemerlang, tanpa rasa takut, jemu, culas atau putus asa. Jauhilah mereka dari perasaan putus asa yang membinasakan, terutama disaat-saat yang begitu menduga mental dan fizikal mereka kini.
Ya ALLAH, ya Hayyu, ya Qoyyum, ya Badi’ussama watiwal ardh, ya Zal jalali wal akram ...
Kau ikatlah, tambat dan rantailah kaki-kaki, tangan dan badan mereka dari melakukan perbuatan dosa, maksiat, lagho dan apa jua perkara yang menyulitkan mereka dari menghafaz atau mengulangkaji pelajaran. Atau apa juga perbuatan-perbuatan yang menghapuskan nur ilmu dari jiwa mereka sehingga mereka berperangai seperti orang-orang jahil yang mengundang murkaMu.
Akhirnya, kami memohon Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan ke dalam hati anak2 kami ketika berhadapan dengan ujian dalam peperiksaan, Kau berikanlah kekuatan hafazan dan perbaikilah daya ingatan mereka, Kau jauhilah mereka dari perasaan putus asa dan dukacita yang merosakkan hati dan usaha mereka. Kau tutupilah hati mereka dari keinginan-keinginan liar dan hembusan Syaitan yang menghasut mereka supaya menipu dan meniru dalam peperiksaan.
Kau jadikanlah mereka benar-benar ikhlas bergantung kepada usaha dan bertawakkal mereka kepadaMu semata-mata. Ya ALLAH.. janganlah kiranya anak-anak ini memalukan kami dan nama baik sekolah ini di hadapan pengawas-pengawas peperiksaan kerana curang dalam peperiksaan. Ya ALLAH, kami rela mereka tidak lulus daripada menghina diri dengan perbuatan menipu hanya kerana mengejar angka-angka tertentu di dalam peperiksaan. Kami terima apa saja hukuman mereka ke atasMu ya ALLAH.. andai itu mendatangkan redhaMu kepada kami.
Kau berikanlah kejayaan yang cemerlang dalam menempuh ujian peperiksaan dan ujian2 hidup, Kau qabulkan segala cita-cita mulia kami dan juga mereka, di dunia dan di akhirat.
اللهم إني أسألك لهم قوة الحفظ وسرعة الفهم وصفاء الذهن اللهم أجعلهم هداة مهتدين غير ضالين ولامضلين
اللهم حبب إليهم الإيمان وزينه في قلوبهم وكره إليهم الكفر والفسوق والعصيان وأجعلهم من الراشدين ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين وأجعلنا للمتقين إماما

Amin Ya Robbal Alamin.

Read more...

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP